Advertisement
Pengganti Slot PJ City Bakal Mulakan Latihan Isnin Ini
Dunia
MakanBola
PJ City FC

Pasukan yang bakal menggantikan tempat PJ City FC dilaporkan bakal menjalani latihan pertama mereka bermula Isnin ini.

Masa depan The Phoenix dalam saingan musim hadapan sudah pun diketahui umum apabila mereka telah membuat keputusan untuk tidak bersaing di Liga Super 2023.

Namun begitu, slot pasukan tersebut dijangka akan diisi oleh sebuah pasukan lain tidak lama lagi.

Menerusi satu hantaran oleh pemerhati bola sepak tempatan, Syafiq Freman, beliau telah memberi bayangan bahawa pasukan tersebut akan memulakan latihan pertama Isnin ini di Padang PKNS, Kelana Jaya.

Pasukan tersebut difahamkan merupakan Shah Alam City FC selepas tersebar makluman mengenai penyertaan pasukan ini di pentas bola sepak utama Malaysia.

Rundingan difahamkan masih lagi berjalan dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan bakal diketahui keputusan akhir dalam tempoh dua minggu lagi.