Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Dulu Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) memberi bayangan bakal memainkan peranan yang lebih besar berbanding seorang pengurus bersama Harimau Malaya.
Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram storynya hari ini, Baginda jelas mahu memberi sumbangan yang cukup besar kepada bola sepak negara.
TMJ yang bersama JDT lebih daripada 10 tahun yang lalu sudah pun menempa pelbagai kejayaan domestik mahupun peringkat Asia.
Baginda memuat naik sekeping foto sedang memegang jersi Harimau Malaya bersama Presiden FAM, Dato’ Hamidin Mohd Amin.
“Pengurus? Lebih dari seorang pengurus,” ujar Baginda.
Sebelum ini, Hamidin ada memaklumkan bahawa TMJ sering bertukar idea dan pandangan dengannya tentang bola sepak Malaysia.
“Tunku Ismail selalu tanya pandangan saya dalam bola sepak dan beliau juga tidak lokek berkongsi pandangan dan cadangan yang bernas.”
“Kalau ada orang kata FAM dikawal pun tak betul. Sebaliknya Tunku Ismail selalu ambil berat tentang bola sepak dan banyak membantu pasukan kebangsaan.”
Tunku Ismail juga pernah memegang jawatan selaku bekas Presiden FAM namun melepaskannya pada 2018 lalu mencadangkan nama Hamidin sebagai pengganti.