Penjaga Gol Ini Bertindak Pelik Hanya Kerana Satu Sepakan
TV
YouTube
Advertisements

Video penjaga gol B-16 Uzbekistan, Jasurbek Umrzakov menjaringkan gol melalui sepakan gol kembali tular di media sosial.

Gol Umrzakov itu dijaringkan terhadap Korea Utara dalam aksi terakhir Kumpulan D AFC Championship U16 yang diadakan di India pada 2016.

Penjaga gol yang kini berusia 23 tahun itu membuat sepakan gol rutin ke arah bahagian Korea Utara. Penjaga gol lawan, Jang Paek-ho menyangka dapat menyekat bola sebelum menghantar kembali ke barisan pertahanannya.

Advertisements

Malangnya, sangkaan Paek-ho meleset apabila bola melantun melepasi beliau sebelum mula bergolek ke arah gol.

Penjaga gol Korea Utara itu cuba mengejar bola tetapi tergelincir sebelum pasrah melihat bola masuk ke dalam gawang.

Gol Umrzakov itu sudah cukup membantu Uzbekistan menewaskan Korea Utara 3-1 dalam aksi terakhir Kumpulan D. Bagaimanapun, kedua-dua pasukan tetap layak ke suku akhir.

Advertisements

Biarpun gol tersebut dijaringkan lebih tujuh tahun yang lalu, ia terus menjadi sebutan peminat bola sepak di internet.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram