Penjaga Gol Jepun Terasa Hati Melihat Penyokong Sendiri Di Stadium
Asia
FA Jepun
Advertisements

Walaupun tewas 0-1 kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan antarabangsa, namun corak permainan yang ditampilkan Jepun dalam perlawanan tersebut wajar diberikan pujian.

Dalam pada kita melihat corak permainan meyakinkan yang ditampilkan pemain Jepun, penjaga gol Jepun, Shuichi Gonda meluahkan rasa tidak senang yang melanda beliau selepas melihat gelagat para penyokong Jepun ketika berada di dalam stadium.

Gonda akui beliau terkejut dengan melihat ada segelintir rakyat Jepun memakai jersi pihak lawan iaitu pasukan Brazil.

Advertisements

“Hakikat bahawa orang Jepun memakai jersi Brazil pada perlawanan di laman sendiri Jepun membuatkan kami merasakan bahawa bola sepak Jepun masih mempunyai ruang untuk berkembang.

“Untuk membolehkan bola sepak Jepun berkembang lebih jauh, kami perlu mencipta budaya di mana peminat datang untuk menyokong Jepun.” jelas Gonda seperti dilaporkan laman twitter J Football.

Gonda merupakan penjaga gol berpengalaman yang berusia 33 tahun. Beliau diturunkan dalam kesebelasan utama ketika menentang Brazil dan hanya dibolosi satu kali sahaja iaitu melalui sepakan penalti yang diambil oleh Neymar untuk gol tunggal perlawanan.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram