Penjaga gol Korea Selatan, Jo Hyeon-woo gagal mempamerkan aksi berkualiti dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Piala Asia 2023 menentang Malaysia semalam.
Hyeon-woo telah dibolosi tiga jaringan di mana menyaksikan kesemua jaringan tersebut terhasil pada babak kedua perlawanan.
Melalui penilaian dari Sofascore, Hyeon-woo dinillai sebagai pemain paling teruk di atas padang dengan diberikan penilaian sebanyak 5.9 mata sahaja.
Dalam perlawanan yang berlangsung hampir 120 minit masa permainan itu, Hyeon-woo dikesan hanya membuat satu aksi penyelamatan.
Pertahanan Malaysia, Dion Cools juga mendapatkan mata penilaian yang sama seperti Hyeon-woo iaitu sebanyak 5.9 mata sahaja.
Pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Lee Kang-in menjadi pemain terbaik perlawanan dengan mendapat mata penilaian tertinggi iaitu sebanyak 9.3 mata.
Dalam perlawanan Malaysia dan Korea Selatan semalam, tandukan deras Jeong Woo-yeong untuk memberikan kelebihan tipis buat Korea Selatan untuk separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Malaysia meneruskan tekanan ke atas benteng Korea Selatan dan ianya nyata berhasil melalui dua jaringan pantas dari Faisal Halim dan juga jaringan penalti oleh Arif Aiman.
Syihan Hazmi menjaringkan gol sendiri pada minit ke-83 selepas cuba menepis sepakan percuma Lee Kang-in. Son Heung-min menjadikan kedudukan berubah menjadi 3-2 melalui sepakan penalti.
Romel Morales menjadi wira Harimau Malaya apabila menjaringkan gol penyamaan bagi memberikan satu mata bermakna buat Malaysia dalam saingan Piala Asia kali ini.