Penyerang berbisa kelahiran Sepanyol, Jefte Betancor memberi bayangan bahawa dirinya menuju ke Malaysia.
Pemain berusia 31 tahun itu telah memuat naik satu foto di Instagram Story yang memaparkan pasport Malaysia dan dirinya seperti berada di lapangan terbang.
Walaupun hantaran di Instagram Story tersebut telah dipadam namun ianya telah tular di media sosial dan menjadi perhatian penyokong bola sepak tempatan.

Sehingga kini Betancor belum membuat sebarang maklumat lanjut mengenai foto tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya adakah beliau bakal menyarung jersi Harimau Malaya ataupun sebaliknya.
Untuk rekod, Betancor merupakan penyerang buat kelab Liga Greece, Panserraikos. Bagi musim 2024/2025, Betancor sudah meledak 21 jaringan dalam 33 penampilan bersama kelab tersebut.
Sebelum ini, Stadium Astro melaporkan sekurang-kurangnya tiga pemain warisan baharu akan menyertai skuad Harimau Malaya. Manakala beberapa laporan dari media luar turut mengaitkan penyerang Argentina, Rodrigo Holgado dengan Harimau Malaya.