Advertising
Penyertaan Akademi JDT Dapat Sambutan Luar Biasa
Liga Super
MakanBola
Johor Southern Tigers

Disebabkan statusnya sebagai entiti sukan yang profesional dan cekap, nama Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa meniti di bibir para penyokong. Disebabkan hal ini juga, bilangan individu yang mahu menyertai Akademi JDT baru-baru ini mencatatkan peningkatan yang luar biasa.

Hal ini turut disedari oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards. Beliau percaya ia ada kaitan dengan keputusan Harimau Selatan membuka sesi percubaan pemain remaja mengikut kumpulan umur secara terbuka berbanding secara tertutup sebelum ini.

Ad

“Akademi JDT menjalankan beberapa sesi percubaan dalam setahun untuk bakat-bakat yang telah dikenalpasti oleh barisan peninjau bakat di seluruh Malaysia.

Ad

“Sebelum ini sesi percubaan hanya diadakan secara tertutup, namun percubaan semalam dibuka kepada beberapa peringkat umur. Walau bagaimanapun, kehadiran adalah di luar jangkaan kerana ramai yang hadir untuk mendapatkan peluang menjadi sebahagian daripada satu-satunya akademi kelab bola sepak yang profesional sepenuh masa di negara ini.

“Kami kesal kerana kami tidak dapat mengawal kehadiran luar biasa ini jika dibandingkan dengan sesi percubaan sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman media sosial rasmi Johor Southern Tigers.

Ad

Di sebalik semua ini, Edwards percaya ini bakal menjanjikan masa depan yang cerah buat Harimau Selatan terutama dengan bakat-bakat baru yang lahir dari akademi. Justeru, pihak akademi akan mengadakan lebih banyak sesi percubaan terutama di luar negeri Johor bagi memastikan lebih ramai pemain berbakat menyertai JDT.

Ad

“Akademi JDT akan mengadakan lebih banyak sesi percubaan selepas ini dan akan terus menghantar pencari bakat ke semua kejohanan remaja, bukan sahaja di Johor tetapi di seluruh negara bagi memastikan tidak ada bakat yang ketinggalan.

Ad

“Akademi JDT menawarkan kepada yang terpilih latihan bola sepak profesional, pendidikan dan tempat tinggal. Antara pemain yang muncul dari pelatih Akademi JDT ke skuad senior termasuk Arif Aiman Hanapi, Ramadhan Saifullah, Feroz Baharudin dan K. Daryl Syam,” tambahnya.