Penyokong Berbalas Chant, Penyokong JDT Ajak Penyokong Kedah Datang Johor
TV
Amir Amirul
Advertisements

Kehangatan saingan suku akhir Piala Malaysia 2021 antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah Darul Aman FC semalam telah diserikan lagi dengan kehadiran kembali para penonton.

Walaupun perlawanan tersebut berakhir tanpa jaringan, kita dapat lihat ramai para penyokong yang turun membanjiri Stadium Darul Aman. Tidak ketinggalan, Ultras JDT, Boys Of Straights turut sama hadir memberikan sokongan buat JDT.

Selepas wisel penamat ditiupkan, tular beberapa video di Tiktok yang menggambarkan suasana dalam stadium di bahagian tempat duduk penyokong. Penyokong Kedah dan JDT dilihat berbalas-balas chant.

Advertisements

Ramai dalam kalangan penyokong Kedah FC yang melaungkan “JDT sudah koyak” berulang kali. Disambut pula dengan anak-anak muda Boys Of Straights (BOS) dengan laungan;

“Tak takut datang Johor, jangan takut datang Johor, jangan takut datang Johor”.

Pada suku akhir kedua nanti, JDT akan melayani kunjungan KDA FC di Stadium Sultan Ibrahim yang dijadualkan pada Khamis kelak. Dikhabarkan kira-kira 20 ribu penonton dibenarkan masuk untuk memberi sokongan padu kepada pasukan kesayangan masing-masing.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram