Penyokong Chelsea Lancarkan Petisyen Ke Atas Pengadil
EPL
Instagram: @reecejames
Advertisements

Baru-baru ini, terdapat satu kontroversi yang menghiasi pertembungan Liga Perdana Inggeris antara  pasukan Chelsea menentang Liverpool pada sabtu lepas. 

Ribuan peminat Chelsea telah menandatangani petisyen untuk melarang pengadil Anthony Taylor daripada mengadili perlawanan Chelsea pada masa akan datang. 

Pengadil berasal dari Manchester itu telah menimbulkan kemarahan penyokong Blues setelah memberikan sepakan penalti kepada Liverpool dan memberikan layangan kad merah kepada Reece James yang dikatakan sengaja menahan bola menggunakan tangan beliau. 

Advertisements

Penalti pada masa tambahan itu disempurnakan oleh pemain sensasi Liverpool, Mohamad Salah sekaligus menyamakan kedudukan di Anfield.

Situasi tersebut nyata tidak menyebelahi pasukan Chelsea ketika Reece James berada di atas garisan gol ketika dia cuba menyekat rembatan gol dari Sadio Mane. 

Baca: Adam Norrodin: Ini Peluang Terbaik Saya

Advertisements

Apa yang menambahkan kemarahan penyokong The Blues itu apabila Taylor hanya melihat monitor VAR selama beberapa saat sahaja sebelum membuat keputusan. Beliau juga hanya merujuk kepada sekeping gambar tanpa menilai secara menyeluruh dari sudut pandang video untuk mengesahkan sama ada ia adalah tindakan yang disengajakan atau tidak.

Taylor memutuskan ia adalah hadangan tangan yang sengaja bukan ianya terkena tangan tanpa sengaja. Akan tetapi menurut undang-undang, Reece James harus dihukum sungguhpun ia dilakukan secara sengaja atau tidak.

Pada pendapat jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel mengatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh pengadil itu terlalu cepat tanpa melihat dengan lebih teliti ulang tayang video VAR ketika perlawanan berlangsung. 

Advertisements

“Saya tidak menyukai cara pengadil menilai situasi tersebut. Beliau hanya melihat kepada gambar. Ia sememangnya menujukkan terdapat sentuhan.”

“Namun begitu, keadaan tidak menujukkan ia adalah disengajakan. Kami melihat menerusi Ipad dan ia merupakan satu lantunan daripada peha ke arah tangannya. Posisi ketika lantunan tersebut juga menunjukkan bahawa ia dalam keadaan yang tidak disengajakan namun keputusan telah dibuat.”

Beliau akur dengan keputusan yang dilakukan atas faktor undang-undang yang telah ditetapkan oleh EPL. 

Advertisements

Baca: Chew Wei Lun Mula Langkah Kanan

Petisyen yang meminta Taylor dilarang dari pertandingan untuk mengadili Chelsea di masa depan sudah mempunyai lebih dari 44,000 tandatangan.  

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram