Advertisement
Penyokong Dan Media Thailand Risaukan Padang SNBJ
Dunia
MakanBola
changsuek

Disebalik pelbagai isu yang hangat menjelang pertembungan separuh akhir Piala AFF 2022 di antara Malaysia dan Thailand malam ini, ada isu yang lebih merisaukan segelintir penyokong dan media Thailand.

Isu yang merisaukan mereka adalah keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dikatakan tidak sesuai untuk pasukan Thailand bermain secara ‘Possesion Football’. Selain itu hantaran-hantaran berkualiti juga akan terganggu dek kerana keadaan padang yang menggunakan rumput ‘cow grass’ itu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh satu laman twitter, All Things Thai Football. Laman twitter tersebut mendedahkan bahawa isu padang SNBJ merupakan isu yang acap kali menjadi topik perbincangan di antara penyokong dan media di Thailand.

Berkemungkinan isu padang ini akan menjadi satu kelebihan buat Malaysia kerana barisan pemain Harimau Malaya sudah terbiasa dengan keadaan padang SNBJ selain mendapat sokongan hebat lebih 50,000 penyokong setia di tempat duduk penonton.

Namun segalanya pasti akan berubah tidak lama lagi apabila pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tengku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim Ismail berkenan untuk menaja projek menaiktaraf padang di SNBJ yang dijangka akan dimulakan pada bulan Mac ini.