Penyokong Indonesia Bengang Dengan Ketum
Asia
AFC
Advertisements

Disebalik kekalahan tipis 0-1 ke atas Jordan awal pagi tadi, para penyokong Indonesia meluahkan rasa kurang selesa dengan pendekatan Ketua Umum Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI), Mochamad Iriawan atau dikenali Iwan Bule.

Sebelum perlawanan menentang Jordan, PSSI melalui ketum mereka telah memuat naik satu posting di instagram yang memberitahu bahawa khidmat pengendali skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong akan digunakan untuk mengendalikan skuad bawah-19 tahun Indonesia.

Indonesia akan menjadi tuan rumah Piala Dunia B-20 2023 dan disebabkan kredibiliti yang dimiliki Shin Tae-yong, khidmat jurulatih Korea Selatan itu ditagih oleh ketum PSSI untuk mengendalikan skuad Piala Dunia B-20 Indonesia.

Advertisements

Rata-rata penyokong Indonesia merasakan kenyataan itu tidak perlu dikeluarkan di saat pasukan Indonesia sedang berada di Kuwait untuk menghadapi Kelayakan Piala Asia 2023. Ianya mampu mengganggu fokus pemain dan jurulatih Indonesia untuk memberikan yang terbaik di sana dalam usaha mereka layak ke Piala Asia secara merit.

Malah ada yang mahukan ketum PSSI berundur dari jawatannya dengan ruangan komen di laman instagram PSSI dihujani dengan #iwanbuleout. Kebanyakan dari mereka menyalahkan kepada Iwan Bule yang mengganggu fokus Shin Tae-yong dan mengharapkan jurulatih asal Korea Selatan itu kekal membimbing pasukan senior.

Indonesia memulakan kempen kelayakan Piala Asia 2023 dengan langkah kanan apabila berjaya mengejutkan tuan rumah Kumpulan A, Kuwait dengan keputusan 2-1. Namun kecemerlangan itu tidak dapat diteruskan selepas terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Jordan yang menewaskan mereka 1-0.

Advertisements

Indonesia masih berpeluang untuk mara ke Piala Asia 2023 sebagai lima pasukan naib juara kumpulan yang terbaik. Namun dengan syarat, Indonesia perlu menewaskan Nepal dalam aksi terakhir kumpulan dengan jumlah jaringan yang besar.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram