Dunia
MFL
Advertisements

Menonton bola sepak secara siaran langsung semestinya menjadi satu perkara yang selalu dilakukan oleh peminat-peminat bola sepak di seluruh dunia. Namun begitu, kualiti siaran langsung akan menentukan kepuasan para penontonnya.

Umum mengetahui, aksi Liga Malaysia iaitu Liga Super, Liga Premier dan Piala FA ditayangkan secara percuma di saluran Youtube. Kualiti siaran yang diberikan juga sangat memuaskan.

Menjengah di laman facebook Sepakbola Indonesia Fansbook, rata-rata peminat Indonesia memuji kualiti siaran yang dipertontonkan di Youtube Unifi dan ianya adalah percuma tanpa dikenakan apa-apa bayaran.

Advertisements

Malah ada juga penyokong Indonesia yang berkongsi bahawa ada sesetangah saluran di Indonesia yang menyajikan siaran langsung dengan dipenuhi iklan di segenap sisi skrin tontonan.

image 9 Penyokong Indonesia Puji Kualiti Siaran Langsung Di Malaysia
Penyokong Indonesia memberikan contoh siaran di Indonesia. Sekadar contoh.

Namun begitu, baru-baru ini saluran ANTV di Indonesia telah dipuji penyokong Indonesia selepas saluran berkenaan mempertontonkan satu siaran langsung bola sepak yang baik. Walaupun belum di tahap definasi tinggi (HD) namun ianya sangat selesa ditonton tanpa iklan.

Siaran langsung di ANTV itu menyiarkan perlawanan persahabatan di antara Persija Jakarta dan RANS Nusantara FC di mana Persija menang 4-2.

Advertisements
Siaran langsung di ANTV yang menyiarkan perlawanan persahabatan.

Sememangnya kualiti siaran sangat dititikberatkan oleh para penonton. Diharapkan agar semua penyiar siaran langsung tidak kira sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia sentiasa mempunyai inisiatif untuk memperbaiki mutu siaran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram