Penyokong JDT Teruskan Tradisi Suar Walaupun Didenda Sebelum Ini

Suar JDT 1 Penyokong JDT Teruskan Tradisi Suar Walaupun Didenda Sebelum Ini
Boys Of Straits
Nabil Fahmi @nabilfamy
10:36pm 09/07/2023

Kemenangan 2-0 Johor Darul Ta’zim (JDT) ke atas Negeri Sembilan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kepuasan kepada para penyokong yang hadir.

Namun begitu, kemenangan JDT itu turut dihiasi dengan nyalaan suar selepas tamat perlawanan. Dalam satu video yang tular di laman Twitter Flash Sukan, penyokong JDT dilihat menyalakan suar dalam meraikan kemenangan tersebut.

Ini bukanlah kali pertama penyokong JDT meraikan kemenangan dengan menyalakan suar kerana sudah beberapa kali mereka melakukannya untuk saingan musim ini. Baru-baru ini, JDT juga disahkan telah didenda oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) gara-gara tindakan penyokong yang menyalakan suar.

Dengan insiden nyalaan suar yang berlaku semalam, JDT berisiko untuk dikenakan denda sekali lagi. Nyalaan suar bukanlah asing di negara-negara eropah seperti di Itali namun adakah insiden suar sesuai diamalkan di Malaysia?

Mungkin FAM perlu memperhalusi halangan menyalakan suar kerana ianya dinyalakan selepas perlawanan dan atmosfera daripada nyalaan suar itu sangat menarik untuk ditonton.