Penyokong Laos Tuduh Malaysia Guna Pemain Lebih Umur
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Malaysia menjulang Piala AFF B-19 selepas menewaskan Laos dengan keputusan 2-0 dalam final Kejohanan B-19 Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Indonesia pada Jumaat.

Pencapaian ini adalah kejuaraan kedua buat negara selepas memenangi edisi 2018 di bawah kendalian Bojan Hodak yang ketika itu turut berlangsung di Indonesia.

Akan tetapi, disebalik kemenangan itu dilihat ada segelintir penyokong Laos tanpa usul periksa menuduh Malaysia menggunakan pemain yang melebihi umur kerana ada yang mengatakan gambar seakan Aysar Hadi pernah beraksi di pentas profesional sejak tiga tahun lalu. 

Advertisements

Perkara itu dikongsikan melalui satu hantaran di laman Facebook Komuniti Bola Sepak Malaysia (Official) Wan Putera Rizman mengatakan ada penyokong Laos mendakwa pemain Malaysia menipu umur.

“Semasa menang dulu di peringkat kumpulan tiada pula bising. Ini dah kalah dengan Malaysia di peringkat final, melalut pula di media sosial,” tulis status itu kata Majoriti.

Namun, merujuk pada status transfermarket, tuduhan itu sama sekali tidak benar kerana Aysar Hadi merupakan pemain kelahiran 4 September 2003 dan kini beliau berumur 19 tahun.

Advertisements

Aysar Hadi merupakan pemain yang mendapat penghargaan pemain terbaik pada Piala AFF U-19 2022 dan beliau juga antara pemain muda Malaysia yang beraksi di Johor Darul Ta’zim (JDT) II.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram