Penyokong Penang Memang Tak Serik, Lebih 10 Bas Serang SSI
Dunia
Penang FC
Advertisements

Saingan Piala FA semakin menghampiri ke penghujung dengan aksi separuh akhir dimulakan dengan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang melayan kunjungan Penang FC yang dijadualkan berlangsung esok (Jumaat).

Walaupun jika dilihat dari kedudukan pasukan Penang di Liga Super agak merisaukan apabila mereka kini menghuni tangga tercorot liga, namun dikhabarkan perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim esok tetap akan dihadiri oleh ramai penyokong Penang.

Melalui satu ciapan di laman Twitter, Ultras Panthers, dijangkakan lebih 10 buah bas akan membawa kumpulan penyokong Penang bagi sama-sama memberi sokongan kepada pasukan mereka esok. Dalam masa yang sama, ciapan itu turut mempersoalkan para pemain Penang yang tidak menghargai jerih perih para penyokong.

Advertisements

Sokongan tidak berbelah bahagi yang dipamerkan oleh para penyokong Penang ini wajar diberikan pujian. Musim ini bukanlah suatu musim yang mahu diingati para penyokong pasukan Harimau Kumbang apabila pasukan kesayangan mereka hanya mampu mencipta satu kemenangan daripada 14 perlawanan Liga Super.

Piala FA ini mungkin menjadi peluang terbaik buat pasukan Penang mencipta kejutan mara ke perlawanan akhir sekaligus mencerahkan peluang untuk beraksi di pentas Asia pada musim hadapan. Mereka juga pada masa yang sama akan beraksi seheabis baik bagi mengubati luka para penyokong Penang yang kecewa dengan persembahan mereka sepanjang musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram