Ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2023 antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Perak tempoh hari, para penyokong pasukan The Bos Gaurus telah menerima layanan istimewa di Stadium Sultan Ibrahim.
Menerusi satu video yang dikongsikan salah seorang penyokong JDT, Aliff Shadiqin, penyokong Perak dilihat mendapat layanan baik ketika menuju masuk ke perkarangan stadium.
Pasukan keselamatan Stadium Sultan Ibrahim juga menjaga keselamatan penyokong Perak bukan sahaja ketika mereka tiba malah sepanjang keberadaan mereka disana.
Detik detik kehadiran penyokong pasukan lawan itu turut menerima sambutan daripada penyokong-penyokong JDT yang bersama menyambut dan meraikan kehadiran tetamu ke gelanggang mereka.
“Kita JDT sambut tetamu memang beradab. Selamat datang, selamat datang. Jemput-jemput,” ujar salah seorang penyokong JDT.
Menerusi satu tinjauan di media sosial, hantaran yang dibuat oleh Aliff Shadiqin itu juga menerima maklum balas baik oleh para penyokong Perak.
Video yang dikongsikan di laman Facebook itu juga telah mengeratkan lagi hubungan baik antara kedua penyokong. Suasana harmoni antara kedua penyokong ini dilihat sebagai satu simbol perpaduan dalam bola sepak.
Meskipun tewas, para penyokong Perak sudah pasti teruja dapat bersama menyokong pasukan di gelanggang lawan dan berbangga dapat melihat semangat melawan para pemain Perak.
Lihat video penuh disini: https://www.facebook.com/100090397676129/videos/1041087580349709/?idorvanity=334136237007515