Kelab bola sepak Bury FC di UK yang sebelum ini ditutup sementara dari sebarang penyertaan kejohanan di England menyebabkan pekan berkenaan mengalami kemerosotan perniagaan.
Ketiadaan aktiviti bola sepak musim ini menyebabkan pub-pub dan premis perniagaan di bandar ini kekurangan pelanggan dan ini menarik perhatian penyokong Rotherham untuk singgah ke pekan ini bagi memberikan sokongan kepada premis perniagaan di sini.

Dalam satu hantaran Twitter @FBAwayDays menjelaskan kehadiran penyokong Rotherham menaiki bas berhenti di pekan ini untuk memberikan sokongan kepada premis-premis perniagaan sekitar.
Rotherham fans on the way to Accrington have stopped off at Bury to give support to the local pubs and businesses that have lost trade after what happened at Bury FC. 👏👏 pic.twitter.com/8hf2ntH0va
— Football Away Days (@FBAwayDays) February 22, 2020Read also:
Bandar Rotherham yang jaraknya kira-kira 80 kilometer dari Pekan Bury menjadikan Bury sebagai pusat persinggahan buat penyokong Rotherham yang dalam perjalanan ke tempat lawan untuk saingan League One England.
Pekan Bury merupakan sebuah pekan kecil dengan jumlah penduduk sekitar 78 ribu orang yang terletak di Greater Manchester, UK.
Bury FC sebelum ini membuat kenyataan media bahawa mereka akan kembali ke saingan bola sepak England selepas hasil siasatan selesai.