Advertisement
Penyokong Setia JDT Bantu Keluarga Mendiang P. Rajesh
Dunia
MakanBola
Facebook: JDTFC

Penyokong- penyokong setia Johor Darul Ta’zim difahamkan telah memberi sumbangan khas kepada keluarga bekas pemain PJ City, mendiang P. Rajes. 

Melihat perkongsian daripada Facebook JDTFC, sumbangan sebanyak 3 ribu ringgit telah diberikan pada hari perlawanan semalam ketika JDT menentang PJ City di Stadium MBPJ.

Tanggal 17 Oktober 2022 merupakan tarikh duka buat areana bola sepak Malaysia di atas pemergian bekas pemain PJ City ini yang maut dalam kemalangan jalanraya.

PJ City juga difahamkan telah menyerahkan hasil jualan tiket perlawanan pertama Piala Malaysia menentang JDT semalam.

Tindakan yang dilakukan oleh penyokong-penyokong JDT itu wajar diberi pujian kerana sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga mangsa.