Penyokong Terengganu ‘Borong’ Tiket Final Piala Malaysia
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Suasana final Piala Malaysia 2023 membabitkan Terengganu FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dijangka meriah pada Jumaat ini.

Ini selepas Terengganu memaklumkan semua tiket yang dijual secara dalam talian di platform Tickethotline sudah habis dijual.

Semua tiket ini merangkumi seksyen GA50, GA70, PG150 dan VIPG200 yang diperuntukkan buat penyokong skuad Penyu.

Advertisements

Ini dilihat satu pembakar semangat buat skuad Terengganu yang menjadikan Piala Malaysia dan Piala AFC sebagai matlamat utama mereka musim ini.

Ini ditambah dengan berita Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) akan kekal digunakan venue perlawanan final Piala Malaysia 2023.

Advertisements

Dengan skuad Peteh memiliki peluang tipis layak ke separuh akhir Zon ASEAN Piala AFC, kejayaan menjulang Piala Malaysia dianggap hadiah terbaik pasukan itu buat negeri Terengganu.

Kali terakhir Terengganu merasai nikmat kejayaan Piala Malaysia ialah pada 2001. Pada ketika itu, skuad Penyu dibimbing oleh Mat Zan Mat Aris.

Advertisements

Mereka berjaya mengatasi tentangan Perak FC 2-1 di pentas final terima kasih kepada jaringan Rosdi Talib dan Sapian Wahid.

Sejarah ini mahu diulangi anak-anak Tomislav Steinbruckner di SNBJ pada Jumaat ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram