Ads
Dunia
JDT FC

Pertembungan aksi kalah mati dalam kempen Liga Juara-Juara Asia (ACL) pada semalam menyaksikan pasukan Johor Darul Ta’zim JDT terpaksa akur dengan kehebatan wakil dari Jepun, Urawa Red Diamonds.

Advertisements

Skuad kendalian Hector Bidoglio mudah dijinakkan Urawa dengan keputusan 5-0.

Advertisements

Ia bukanlah satu tugas mudah buat sesebuah pasukan lawan beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Advertisements

Advertisements

Di Stadium Saitama pada semalam, turut kelihatan segelintir peminat dan para penyokong JDT yang meluangkan masa untuk turun ke stadium dan memberikan sokongan kepada pasukan.

Apa yang lebih menariknya, terdapat kibaran bendera dua negara iaitu Malaysia dan Indonesia, serta dua bendera negeri, iaitu Johor dan Terengganu di bumi Jepun. Gambar yang tular itu terus mendapat perhatian peminat bola sepak di seluruh Malaysia dan Indonesia.

Advertisements

Aksi debut pemain naturalisasi Indonesia, Jordi Amat juga menjadi antara penyebab aksi JDT mendapat liputan hangat kerana ia berjaya mengumpulkan para penyokong Malaysia dan Indonesia untuk melihat pasukan JDT beraksi.

Di dalam ruangan komen, banyak peminat bola sepak tempatan yang meninggalkan komen-komen positif dan menyambut baik suasana seperti ini.

“Mentaliti macam ini yang kita mahukan. Cuba lagi next year JDT,” Mohd Iszwan.

“Thanks yang support JDT. Kita respect penyokong yang lain negeri dan lain negara sangat kagum anda semua the best,” Dekye Hanz.

Advertisements

Inilah keindahan bola sepak dan keunikan yang mampu menyatukan serta membina keharmonian dalam kalangan setiap rakyat.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram