Penyokong Terengganu Meninggal Dunia Di Stadium
Piala Malaysia
DausJ / Makanbola
Advertisements

Disebalik kerancakan aksi final Piala Malaysia 2023 di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, terdapat khabar duka yang menjentik sanubari semua peminat bola sepak tanah air.

Dikhabarkan, terdapat seorang penyokong dipercayai penyokong Terengganu telah meninggal dunia di stadium semalam selepas mengalami serangan jantung.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh pengulas perlawanan akhir semalam, Wan Khairil Azwa di laman X miliknya sebentar tadi.

Advertisements

“Salam takziah diucapkan kepada penyokong Terengganu yang meninggal dunia akibat serangan jantung di stadium semalam,” coret Khairil Azwa di laman X.

Namun sehingga kini masih tiada perkhabaran lanjut mengenai insiden tersebut.

Pada aksi final semalam, JDT berjaya menewaskan Terengganu dengan keputusan 3-1 sekali gus menjulang Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram