Penyokong Vietnam Anggap Malaysia Terlalu Bagus Untuk Tak Ke Final
Dunia
Tranung Football Culture
Advertisements

Para penyokong pasukan Vietnam menzahirkan rasa bangga terhadap persembahan luar biasa yang dipamerkan oleh barisan pemain Malaysia sungguhpun tewas 1-0 semalam.

Malaysia turun dengan misi untuk melakar kejutan berjaya mempamerkan aksi yang mengagumkan sehingga berjaya mengheret perlawanan hingga ke masa tambahan.

Kekebalan barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Harith Haiqal selain ketangkasan Azri Ghani untuk menafikan setiap percubaan menghidupkan harapan seluruh warga Malaysia.

Advertisements

Detik yang menghampakan negara tiba selepas sepakan bebas yang diperoleh pasukan tuan rumah menjadi punca kepada gol tunggal perlawanan sekaligus memaksa ngauman anak buah Brad Maloney terhenti.

Ia jelas tidak mengubah pandangan rata-rata warga Vietnam yang kelihatan begitu kagum dengan corak permainan yang ditampilkan oleh Malaysia sehingga menyukarkan tugas pasukan kendalian Park Hang Seo.

“Malaysia bermain dengan sangat bagus semalam. Semoga dapat bertemu lagi.”

Advertisements

Bukan itu sahaja, penyokong Vietnam yakin inilah barisan pemain terbaik untuk terus menjadi pelapis kepada Malaysia bagi beberapa tahun yang akan datang.

“Ini adalah pasukan masa depan Malaysia. Teruskan berusaha.”

Menurut satu komen yang diutarakan oleh salah seorang penyokong pasukan Vietnam, beliau menganggap bahawa Malaysia terlalu kuat untuk ditewaskan sehingga memaksa mereka berhempas-pulas mencari gol tunggal perlawanan.

Advertisements

“Kamu (Malaysia) terlalu kuat,” komen salah seorang pada tiktok wartawan, Zulhelmi Zainal Azam.

Persembahan bermutu pasukan bawah 23 tahun negara ini juga mendapat sokongan penuh agar dapat menewaskan Indonesia kelak.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram