Penyokong Vietnam Berminat Nak Kenal Intan Serah

Intan Serah Penyokong Vietnam Berminat Nak Kenal Intan Serah
VTV CAB
Ikuti Telegram MakanBola (3712)

Salah seorang penyokong dan pemerhati sukan futsal Vietnam, Thein Min Htwe di laman media sosial Facebook miliknya pada kelmarin telah berkongsi hasratnya untuk mengenali dengan lebih rapat pemain futsal negara, Intan Serah.

Thein Min dalam sebuah group bola sepak Asean Football menjelaskan bahawa beliau mahu mengenali pemain futsal Malaysia yang memakai jersi nombor 13. Kejelitaan serta keayuaan yang dimiliki Intan Serah dilihat telah menarik minat beliau untuk mengenali Intan dengan lebih lanjut.

“Saya nak tahu banyak berkenaan dia, nombor 13,” tulis Thein Min.

Di ruangan komen hantaran tersebut turut dibanjiri beberapa penyokong serata Asia Tenggara yang menyatakan keinginan yang sama. Ada di antara mereka yang berhasrat untuk menjadikan Intan Serah sebagai teman wanita.

Dalam pada itu, persembahan bermutu yang ditampilkan Intan Serah telah memastikan pingat gangsa berjaya diraih skuad futsal negara di temasya Sukan SEA 2021.

Peranan yang telah dimainkan kapten pasukan futsal wanita kebangsaan ini telah memberikan daya suntikan serta motivasi tinggi buat pasukan apabila beliau beberapa kali berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring.