Perak Buat Laporan Polis, Tiada Kena Mengena Dengan Si Munawer ‘Abang Kawasan’
Dunia
MakanBola
Perak Football Club
Advertisements

Perak FC bertindak pantas beberapa jam sebelum sepak mula Liga Premier melibatkan Perak dan JDT 2 di Pasir Gudang hari ini dengan membuat laporan polis menafikan penglibatan dengan pemilik akaun Facebook Munawer Si Puntum Umar.

Sebelum ini tular hantaran Facebook Munawer yang seolah-olah tidak takut dan sanggup bergadai nyawa untuk hadir ke Pasir Gudang dan ianya menarik perhatian Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim (TMJ).

Advertisements

“Laporan polis telah dibuat dari pihak Perak FC, Laporan tersebut dilakukan atas sebab ugutan yang telah tersebar di media sosial sebelum sepak mula perlawanan kita menentang JDT II malam ini.” Lapor media Perak Football Club.

Sementara itu menerusi satu gambar laporan yang tersebar melaporkan, Perak FC tidak terlibat dengan hantaran ‘Abang Kawasan’ Munawer Si Puntum Umar yang disifatkan oleh sebahagian penyokong sebagai memiliki ciri-ciri provokasi yang boleh mengundang kekacauan.

Advertisements

“Saya pegawai keselamatan bola sepak mewakili pasukan Perak FC menafikan dan memaklumkan bahawa pihak Perak FC tidak terlibat langsung dengan posting dan juga akaun milik penama tersebut.

“Pihak Perak FC tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa perkara yang tidak diingini disebabkan oleh posting tersebut.

Advertisements

“Pihak Perak FC juga menyatakan sebarang perlakuan dari mana-mana pihak penonton bola sepak di stadium adalah tidak melibatkan pasukan Perak FC dan pihak Perak FC tidak pernah mengeluarkan sebarang bentuk sumbangan kepada pihak-pihak tertentu.” Dipetik dari laporan Polis yang dibuat (tersebar).

298452638 5160885087362535 4460107473026363559 n Perak Buat Laporan Polis, Tiada Kena Mengena Dengan Si Munawer 'Abang Kawasan'
via Abdul Muiz Burhanuddin

Sebelum ini Munawer membuat hantaran seorang pejuang lambang penyokong sejati berbunyi;

Advertisements

“We are on top mates, pedulikan apa orang nak kata, yang penting keselamatan penyokong Perak di tempat lawan terjamin, walaupun kami terpaksa bertumpah darah dan keringat. #nextpasirgudangberdengung #invadepasirgudang #ijfwhocare”

Rata-rata penyokong Perak tidak setuju dengan Munawer dan menyifatkan lelaki abang kawasan tersebut hanya mendatangkan masalah buat penyokong Perak yang lain.

Advertisements

Rata-rata penyokong hanya mahu datang menyaksikan bola sepak dengan aman tanpa ada sebarang kekacauan.

News Comments Account