Advertisements
Perak FC Didakwa Belum Lunaskan Gaji, Berisiko Disekat Daftar Pemain Baru
Dunia
MakanBola
Perak FC 2022

Perak FC yang sebelum ini turun ke Liga Premier dikhabarkan berdepan masalah melunaskan bayaran gaji tertunggak yang sepatutnya diselesaikan pada 31 Januari 2022.

Menurut kenyataan dikeluarkan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Perak FC memohon tempoh lanjutan sehingga 15 Februari ini bagi menjelaskan bayaran tertunggak kepada pemain.

“..di fahamkan pemain masih belum menerima pembayaran kedua yang sepatutnya dijelaskan pada 31 Januari lalu dan kelab itu dikatakan telah memohon tempoh lanjutan sehingga 15 Februari ini untuk menyelesaikan masalah berkenaan,” jelas Zulhemi di Twitter.

Selain itu, Perak juga berdepan risiko untuk disekat daripada mendaftar pemain baru untuk musim 2022 selepas didakwa masih belum dapat menyelesaikan halangan perpindahan yang dikenakan oleh badan bola sepak antarabangsa FIFA yang bakal berakhir 22 Februari ini.

Sementara itu nasib pemain baru seperti Indra Putra, Wan Zack Haikal dan Syamin Yahya turut menjadi tanda tanya buat penyokong bola sepak Perak.

Sebelum ini Perak berhadapan beberapa masalah melibatkan gaji pada tahun 2021 sekaligus menyebabkan ramai pemain keluar meninggalkan pasukan.