Perak FC Selesai Isu Tunggakan Gaji
Dunia
Instagram: @peraktbgmy
Advertisements

Persatuan bolasepak Perak FC hari ini memaklumkan bahawa pihak pengurusan badan bolasepak itu telah menyelesaikan semua tunggakan gaji pemain yang tertangguh.

Sebelum ini, badan pengurusan Perak FC telah meminta memberi ruang dan sedikit waktu kepada mereka untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pasukan dan beberapa isu tunggakan gaji melibatkan para pemain.

Menurut hantaran rasmi di Instagram, Perak FC memaklumkan bahawa mereka sudah melunaskan semua tunggakan gaji pemain. Badan pengurusan The Bos Gaurus itu turut melangsaikan tunggakan gaji dua orang bekas pemain import mereka iaitu Dos Santos dan Careca untuk bulan Mei dan Jun.

Advertisements

Namun begitu, isu tuntutan daripada ejen yang membabitkan dua orang bekas pemain import itu termasuk Guilherme de Paula masih belum selesai. Kelab tersebut juga menegaskan bahawa masalah itu akan segera diselesaikan secara berperingkat.

Perak FC turut memaklumkan bahawa mereka telah menyelesaikan isu tuntutan pemain yang berasal dari Korea Selatan, Jeon Hyo-Seok secara ansuran dengan pembayaran pendahuluan telah pun dilunaskan.

Dalam pada itu, Perak FC turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamed yang banyak membantu dalam mencari sumber kewangan buat pasukan Perak FC.

Advertisements

Ini sekaligus memberi sinar baru buat para penyokong The Bos Gaurus untuk melihat kemajuan pasukan yang mereka sayangi.

Terdahulu, Perak FC kini berada di tangga kedua terbawah Liga Super Malaysia. Setakat 20 perlawanan, Perak FC hanya menang tiga kali dan tewas dalam lima perlawanan terakhir. Perak FC akan bertemu dengan Melaka United, dalam perlawanan ke-21 Liga Super Malaysia Jumaat ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram