Advertising
Perak Hanya Tinggal 5 Pemain Import
MakanBola
Perak FC

Perak bakal meneruskan baki saingan Liga Malaysia dengan 5 hanya pemain import.

Anak didik Yusri Che Lah baru sahaja selesai mengharungi aksi Piala Malaysia namun terpaksa akur perjuangan Perak terhenti di tangan Sri Pahang di peringkat suku akhir.

Ad

Sri Pahang menghentikan langkah Perak hasil keputusan agregat 4-3 setelah kedua-dua pasukan terikat seri 3-3 dalam aksi yang berlangsung di Temerloh pada Ahad lalu.

Ad

Khabar duka itu turut diselangi dengan berita perpisahan 2 tonggak import Perak, Luka Milunovic serta Jesper Nyholm yang mengucapkan selamat tinggal setelah kontrak tidak disambung.

3 minggu lalu, pemain sayap lincah dari Korea Selatan, Lee Tae-min turut mengambil keputusan untuk meninggalkan Perak setelah bersama skuad The Bos Gaurus sejak bulan Mac lalu.

Ad

Oleh itu, Perak kini bakal meneruskan saingan Liga Malaysia dengan baki 5 pemain import iaitu Luiz Motta, Sunday Afolabi, Luciano Guaycochea, Adilet Kanybekov dan juga Clayton.

Ad