Perbadanan Stadium Terengganu Pastikan Padang SSMZA Kembali Menghijau
Liga Super
Majlis Sukan Negeri Terengganu
Advertisements

Selepas tamat perlawanan Piala AFC di antara Terengganu FC dan Central Coast Mariners tempoh hari, telah timbul tanda tanya mengenai keadaan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) yang dilihat kurang memuaskan.

Baru-baru ini, Bahagian Infrastruktur Dan Kemudahan Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam satu muat naik di laman Facebook mendedahkan bahawa rumput di SSMZA telah diserang ulat daun yang merebak dengan begitu cepat.

Tindakan segera telah diambil untuk menyelenggara padang SSMZA supaya pasukan Terengganu dapat menggunakan padang dalam keadaan terbaik.

Advertisements

“Keadaan padang di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kini dalam keadaan baik. Pada dua perlawanan lalu iaitu semasa perlawanan Suku Akhir Piala Malaysia dan perlawanan AFC Cup 2023 kelihatan padang dalam keadaan kurang memuaskan akibat serangan daripada ulat daun yang begitu cepat merebak.

“Terima kasih diucapkan kepada kakitangan penyelenggaraan padang yang berjaya mengatasi permasalahan ini dengan begitu baik dan memastikan padang kembali pulih sebagaimana sedia kala,” coret Majlis Sukan Negeri Terengganu dalam satu muat naik di laman Facebook.

Padang SSMZA dijangka akan digunakan untuk perlawanan Liga Super di antara Terengganu FC dan Selangor FC pada 29 September ini.

Advertisements

Terengganu kini berada di tangga ke-6 Liga Super dengan mengumpul 35 mata selepas 21 perlawanan. Mereka tiada cara lain untuk ke pentas Asia musim hadapan selain berjaya memenangi Piala Malaysia musim ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram