Perlawanan ACL Melibatkan JDT Dan Urawa Reds Mungkin Dilangsungkan Di SSI
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan Liga Juara-Juara Asia (ACL) yang melibatkan pertembungan antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juga Urawa Red Diamonds berkemungkinan bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim Johor.

Aksi pusingan kalah mati yang melibatkan pertembungan dengan juara dua kali Asia itu sudah pasti menjadi perlawanan yang amat dinantikan oleh seluruh penyokong Malaysia.

Walau bagaimanapun, seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pasukan Harimau Selatan bakal berentap di Jepun iaitu gelanggang tuan rumah.

Advertisements

Namun begitu, perlawanan itu mberkemungkinan tidak dapat diadakan di sana kerana situasi Covid-19 yang kembali mengganas di sana.

Pindaan juga mungkin akan berlaku selepas melihat kenaikan mendadak kes Covid-19 di Jepun dengan kes pada hari iaitu 29 Julai merekodkan lebih 230,000 kes harian.

Menurut satu kenyataan, hal ini dikuatkan lagi oleh komentar daripada pengulas bola sepak TV Unifi yang memaklumkan berkenaan dengan venue JDT iaitu SSI.

Advertisements

Ini disebabkan beliau menyatakan bahawa perlawanan antara JDT dan Urawa Reds akan berlangsung 9 hari selepas perlawanan Liga Super yang membabitkan pertembungan antara JDT dan juga Terengganu pada 10 Ogos.

Sungguhpun begitu, masih tiada lagi pengumuman rasmi oleh AFC berkenaan situasi yang sedang berlaku ketika ini.

Sekiranya hal ini benar-benar terjadi, ia sudah pasti bakal memberi kelebihan yang cukup besar buat anak didik Hector Bidoglio yang kini berada dalam kemuncak prestasi untuk membenam lawan dari Jepun itu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram