Dunia
Youtube / beIN SPORTS Asia
Advertisements

Mengadili sesebuah perlawanan bola sepak bukanlah suatu tugas yang mudah. Pengadil pastinya menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila terjadinya sesuatu yang janggal berlaku dalam perlawanan tersebut.

Baru-baru ini, satu tragedi yang berkaitan pengadil telah berlaku di Liga Utama Bola Sepak Amerika Syarikat (MLS).

Dalam perlawanan yang menemukan San Jose Earthquakes menentang Houston Dynamo itu, pengadil perlawanan Ted Unkel telah dirempuh dengan agak tragis oleh pemain pertahanan San Jose , Nathan pada minit ke-6 perlawanan.

Advertisements

Ketika kejadian, Ted Unkel dilihat tidak berada di dalam posisi terbaik. Beliau kelihatan sedang memerhatikan bola dan menghalang laluan pemain yang sedang berlari untuk  memberi tekanan kepada pemain lawan.

Ted Unkel 1 Aksi Pengadil Kena 'Head Shot' Sampai Keluar Padang
Ted Unkel ketika mengadili perlawanan yang melibatkan Schweinsteiger dan Ibrahimovic

Selepas kejadian itu berlaku, perlawanan terpaksa dihentikan seketika sementara menunggu pengadil perlawanan diberikan rawatan.

Ted Unkel disahkan tidak dapat meneruskan perlawanan dan digantikan dengan Matthew Thompson yang bertindak selaku pegawai keempat dalam perlawanan tersebut. Perlawanan berkesudahan kedua-dua pasukan seri 1-1.

Advertisements

Untuk rekod, ini bukan kali pertama insiden yang melibatkan Ted Unkel. Sebelum ini beliau kerap berada di posisi yang tidak begitu baik dan menghalang laluan bola mahupun laluan pemain.

Saksikan gambaran penuh kejadian menerusi video ini:

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram