Perlis United Gagal Ke Liga Super 2024/25, Tak Lulus 3 Syarat
Liga M3
MFL
Advertisements

Pasukan Liga M3, Perlis United gagal untuk memenuhi hasrat untuk beraksi di Liga Super musim 2024/25 kerana tiga sebab.

Perkara ini dijelaskan oleh Badan bebas First Instance Body (FIB) yang telah membuat keputusan tidak memberikan Lesen Kebangsaan kepada Kelab Bola Sepak Perlis United (PUFC).

Hal ini berikutan kegagalan pasukan untuk memenuhi syarat-syarat tambahan selepas pengumuman berkenaan keputusan Lesen Luar Biasa (Extraordinary License) M3 Amateur Football League (AFL) pada 7 Mac 2024.

Advertisements

FIB juga telah menetapkan syarat untuk memastikan semua usaha wajar kewangan diselesaikan sebelum mengeluarkan sebarang lesen kepada PUFC mengikut kriteria tambahan.

“Antara kriteria yang ditetapkan ialah bukti dana yang diterima dalam akaun PUFC berjumlah RM 5,000,000.00 seperti dalam cek yang dikemukakan sebelum 9 Mac 2024 dan pengisyhtiharan yang ditandatangani oleh pegawai dan pemain bahawa tiada hutang tertunggak pada 31 Disember 2023 sebelum 13 Mac 2024.”

“Selain itu, PUFC juga perlu memberikan bukti perjanjian penajaan yang dicop antara PUFC dan setiap satu daripada empat (4) penaja berpotensi yang akan diserahkan sebelum 15 Mac 2024 selain pembayaran dana tajaan pertama yang diterima oleh PUFC daripada penaja di atas berdasarkan syarat pembayaran tajaan sebelum 22 Mac 2024.”

Advertisements

Sungguhpun tarikh akhir penyerahan pada 22 Mac 2024 masih belum berakhir, FIB mengesahkan bahawa PUFC telah gagal untuk memenuhi 3 daripada 4 syarat awal.

Perkara ini termasuklah tidak mengemukakan sebarang dokumen seperti yang diminta dan telah melanggar semua tarikh akhir yang diberikan. Oleh itu, FIB telah memutuskan untuk tidak memberikan lesen Liga Super 2024-2025 kepada PUFC.

FIB bertegas untuk mengekalkan syarat ketatnya demi untuk menjaga kestabilan kewangan liga dan kelab-kelab serta proses usaha wajar kewangan ini dilaksanakan dengan teliti untuk memastikan Liga Malaysia tidak menghadapi kebimbangan kewangan sekiranya PUFC dibenarkan bertanding.

Advertisements

Sebelum ini, MFL memaklumkan bahawa Perlis United memiliki dokumen lebih kukuh dengan salinan surat penajaan berjumlah RM25 juta.

Kegagalan PUFC untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan tersebut menyaksikan hanya 13 kelab yang akan bersaing dalam Liga Super bagi musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram