Perpaduan Adalah Kekuatan – Kim Pan-gon
Dunia
MakanBola
fam.org.my
Advertisements

Ketua Jurulatih Kebangsaan Baharu, Kim Pan-gon kelihatan sudah ‘ulang kaji’ falsafah bola sepak di Malaysia.

Menurut satu kenyataan, jurulatih Republik Korea itu sedar akan kekuatan yang ada pada bola sepak kebangsaan ini adalah dengan perpaduan yang kukuh.

Advertisements

Kim Pan-gon dalam pada itu menyeru kepada semua pihak termasuk para peminat Harimau Malaya untuk sentiasa memberi sokongan tanpa henti kepada pasukan kebangsaan untuk misi mereka kali ini.

“Seperti yang saya tahu bahawa moto negara Malaysia ialah “perpaduan adalah kekuatan”. Saya percaya jika semua boleh bersatu bersama-sama kami dengan sokongan dan kepercayaan anda semua, kita akan berjaya untuk mencapai matlamat kita.” jelas Kim dalam siaran media FAM.

Advertisements

Jurulatih berusia 52 tahun itu juga meminta memberi kepercayaan kepada barisan kejurulatihan baharu dalam usaha untuk membawa skuad kebangsaan kepada satu tahap yang tertinggi.

Makanbola.com ingin mengucapkan semoga maju jaya buat Kim Pan-gon serta barisan kejurulatihan baharu skuad Harimau Malaya untuk menghadapi misi yang seterusnya.

Advertisements