Persiapan Pemain JDT Disifatkan Unik
Liga Super
Astro Arena
Advertisements

Persiapan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC dalam menghadapi hari perlawanan dianggap lain dari yang lain dan menjadi resepi kejayaan mereka musim ini.

Pandangan ini diungkapkan oleh Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), Norismadi Manap. Ini kerana anak-anak buah Tano Solari tidak melihat sebagai pasukan yang kuat tetapi menganggap diri mereka pasukan yang lemah.

Justeru, JDT FC sentiasa membuat persiapan rapi seolah-olah berdepan pasukan yang kuat dalam setiap perlawanan. Ini membolehkan mereka sentiasa memberi persembahan terbaik tanpa mengira di tempat sendiri mahupun di tempat lawan.

Advertisements

Ini sama sekali berbeza dengan pasukan-pasukan lain yang memberi sepenuh tumpuan kepada perlawanan JDT FC tetapi tidak dalam perlawanan-perlawanan yang lain.

“Satu benda yang Datuk (Zainal Abidin Hassan) cakap tadi, team kalau lawan JDT, 200% punya preparation lah. Hanya untuk satu game dan bukan untuk sepanjang liga seperti JDT.

“JDT kita memang tahu dia pasukan yang kuat, mereka tak anggap (diri mereka) pasukan yang kuat. Mereka prepare macam mereka itu lemah berdepan pasukan yang kuat. That’s the mentality (yang bagus) ada pada (JDT),” katanya semasa menjadi panel rancangan Nindia di Astro Arena pada Isnin lepas.

Advertisements

Norismadi turut memuji tahap kecergasan yang dimiliki Harimau Selatan. Dalam tempoh 90 minit perlawanan, pasukan itu berjaya mengekalkan intensity permainan mereka dan menambah jaringan pada babak kedua.

“Kalau kita lihat dari awal lagi, kebanyakan jaringan yang dicipta oleh JDT ini towards the end of the match. Dia banyak pada second half. Maybe first half dia score satu tapi second half, dia boleh score enam.

“Nak lagi cantik kalau kita tengok statistik, minit ke-70 ke atas itu memang banyaklah jaringan yang dihasilkan JDT. Itu beza dia (dari segi) fitness level, fokus pemain. Bila dia buat pertukaran pemain atau kekalkan pemain 11 orang, mereka berada pada level yang sama, stamina yang tinggi, intensity yang tinggi.

Advertisements

“Mereka sentiasa hungry untuk mendapatkan gol dan kemenangan. Itu beza mereka dan dari segi mentaliti pun, mereka berbeza dengan pasukan-pasukan lain,” tambahnya.

Rekod jaringan yang dicipta JDT FC dijangka diteruskan dalam aksi Piala Malaysia 2023 menentang Kelantan FC pada 4 Ogos ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram