Persis Ragbi, Negeri Sembilan Bantai FMW 23-0
Dunia
PBNS
Advertisements

Agak jarang kelihatan untuk melihat para penyokong bola sepak negara memberikan tumpuan kepada pasukan bola sepak wanita kerana rata-rata mereka memberikan fokus kepada bola sepak lelaki sahaja.

Namun satu keputusan luar jangkaan telah berlaku dalam aksi Liga Wanita Nasional (LWN) Zon Selatan selepas pasukan bola sepak wanita Negeri Sembilan mencatatkan kemenangan yang besar menewaskan FMW FC dengan keputusan 23-0.

Jika melihat kepada skor, ianya persis sukan ragbi yang diketahui menghasilkan keputusan-keputusan sebegini namun kali ini ianya berlaku di dalam arena bola sepak Malaysia.

Advertisements

Kemenangan besar tersebut telah dihebahkan melalui media sosial rasmi pasukan Negeri Sembilan dengan memaparkan senarai nama-nama penjaring untuk perlawanan itu.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pasukan Negeri Sembilan memenangi perlawanan dengan jumlah jaringan yang besar. Dalam perlawanan pertama mereka menewaskan MSN Melaka dengan keputusan 13-1. Rentak kemenangan besar mereka diteruskan pada aksi kedua selepas membelasah Kluang Kickers FC (KKFC) dengan keputusan 11-0.

Negeri Sembilan menyertai Liga Wanita Nasional Zon Selatan bersama-sama Melaka United, MSN Melaka, KKFC, FMW FC, PDRM, dan DCL. Semua perlawanan diadakan di Padang Dataran MBPG, Johor dan dijadualkan bermula pada 4-19 Jun bagi pusingan pertama. Manakala pusingan kedua dijangka bermula pada 23 Julai-21 Ogos.

Advertisements

Pasukan yang berjaya menjadi johan dan naib johan setiap zon akan melayakkan diri ke Piala Tun Sharifah Rodziah (PTSR) yang dijadualkan berlangsung secara karnival pada 3-10 September.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram