Pertahanan Sabah Dalam Pantauan Kim Pan-gon
Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pertahanan pasukan Sabah FC dikatakan merupakan salah satu calon terbaik untuk mengisi slot ke kem latihan kebangsaan bulan ini.

Umum mengetahui bahawa prestasi pasukan sedang berada pada tahap yang memberangsangkan setelah diambil alih oleh Dato’ Ong Kim Swee.

Kini, mereka kekal bersaing untuk merebut slot kedua terbaik selepas kemampuan JDT agak sukar untuk ditandingi.

Advertisements

Hal ini telah menyebabkan nama beberapa orang pemain Sabah disebut-sebut bakal dipanggil untuk memperkuatkan pasukan negara menjelang saingan Piala Raja Thailand hujung bulan ini.

Sungguhpun skuad The Rhinos hakikatnya dibarisi oleh nama-nama besar skuad kebangsaan seperti Khairul Fahmi Che Mat, Baddrol Bakhtiar, Rizal Ghazali dan juga Dominic Tan tetapi kali ini nama pemain lain yang menjadi sebutan.

Menurut laporan oleh Shoot, anak jati kelahiran Kota Marudu, Sabah iaitu Rawilsom Batuil kini diperkatakan sebagai pemain yang bakal mendapat tempat dalam pasukan Kim Pan-gon.

Advertisements

Pertahanan kental berusia 28 tahun ini merupakan seorang permata dalam skuad Sabah dengan konsistensi untuk mengemudi bahagian pertahanan pasukan.

Rawilson juga merupakan tonggak utama sejak diambil alih oleh Kim Swee selepas beliau telah pun beraksi sebanyak 14 perlawanan musim ini.

Sabah juga menjadi antara pasukan yang sukar dibolosi apabila hanya merekodkan 16 bolos sepanjang 17 perlawanan.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram