Ads
Hiburan
Sabah FC

Kelibat tonggak pertahanan, Gabriel Peres mengemudi pintu gol Sabah dalam aksi baru-baru ini menjadi perhatian para peminat.

Advertisements

Isnin lalu, Sabah turun dalam aksi pertama Piala Sabah Maju Jaya berdepan wakil Singapura, Hougang United di Stadium Likas yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada The Rhinos dengan keputusan 2-1.

Advertisements

Gol-gol Sabah dijaringkan oleh pemain tengah kebangsaan, Stuart Wilkin menerusi rembatan kencangnya pada minit ke-54 dan pemain sayap Indonesia, Saddil Ramsani pada minit ke-74.

Advertisements

Advertisements

Manakala gol tunggal Hougang United disumbangkan oleh pemain import, Stjepan Plazonja sepuluh minit sebelum aksi berakhir menerusi sepakan penalti.

Walau bagaimanapun, satu momen menarik perhatian ramai adalah apabila pemain pertahanan pasukan, Gabriel Peres diberi tugas untuk menjaga gawang Sabah bagi menggantikan penjaga gol, Damien Lim di penghujung permainan.

Advertisements

Damien terpaksa diusung keluar setelah mengalami kecederaan sekaligus memaksa Datuk Ong Kim Swee meletakkan Gabriel sebagai penjaga gol disebabkan oleh Sabah telah menggunakan kesemua slot pemain simpanan.

Kelibat Gabriel dilihat segera menuju ke bangku simpanan dan menukar jersi dan memakai jersi penjaga gol milik Ramzi sebelum kembali semula ke padang.

Selepas ini, Sabah akan berdepan seteru dari Borneo iaitu Kuching City bagi melengkapkan aksi Piala Sabah Maju Jaya selepas sekadar berpuas hati terikat tanpa jaringan menentang KL City pada Rabu.

Advertisements

Selepas dua perlawanan, anak didik Datuk Ong Kim Swee kini berada di kedudukan kedua dengan empat mata, berkongsi mata bersama KL City namun dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram