Dunia
Sabah FC
Advertisements

Pada malam ini akan bertemu dua pasukan Liga Super di mana Sabah FC yang akan melayan kunjungan Selangor FC dalam aksi suku akhir Piala FA di Stadium Likas.

Dikhabarkan jualan tiket di untuk aksi tersebut telah pun habis terjual sekaligus ianya akan menyaksikan sekali lagi kita bakal menonton satu perlawanan yang beratmosfera final dengan kebanjiran penyokong memenuhi stadium.

Sebelum ini, tiket perlawanan Sabah menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super juga turut habis dijual. Bukan itu sahaja, malah tontonan perlawanan tersebut di laman Youtube Unifi juga mencatatkan rekod selepas mencatatkan 2.2 juta tontonan.

Advertisements
Sabah JDT unifi Pertembungan Sabah Selangor Cetus Atmosfera Final
Perlawanan Sabah JDT ditonton 2.2 juta. Sumber Youtube Unifi.

Prestasi baik Sabah di Liga Super juga menjadi salah satu faktor utama para penyokong Sabah tidak henti-henti turun ke stadium dengan harapan mereka dapat mara lebih jauh untuk saingan Piala FA sekaligus mencerahkan peluang mereka beraksi di pentas Asia.

Buat pasukan Selangor pula, mereka sudah pasti mahukan kemenangan malam ini selepas mereka sudah lama tidak beraksi di pentas Asia. Dengan barisan pemain berkualiti yang mereka miliki, tidak mustahil mereka mampu melakar kejutan terhadap Sabah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram