Pesta Kad Merah, Jurulatih Cedera Hiasi Aksi Huru-Hara Indonesia & Thailand
Asia Tenggara
RTM
Advertisements

Aksi di pentas final Sukan SEA menyaksikan pertembungan Indonesia dan Thailand berlangsung penuh drama sebentar tadi.

Perlawanan akhir yang cukup penting buat kedua-dua pasukan yang mahu memenangi ibu segala pingat di rantau Asia Tenggara ini.

Aksi ini bagaimanapun dicemari dengan beberapa insiden yang kurang memuaskan kedua-dua pasukan yang akhirnya membawa kepada insiden yang lebih besar.

Advertisements

Selepas Indonesia memperoleh gol ketiga menerusi ledakan Irfan Jauhari, pest kad merah bermula apabila pemain Indonesia, Komang Teguh dilayangkan kad merah bersama-sama penjaga gol Thailand, Soponwit.

Ini juga memburukkan keadaan apabila beberapa orang staf kejurulatihan kedua-dua pasukan turut dilayangkan kad merah selepas berlakunya kecederaan ke atas seorang staf Indonesia.

Tatkala Gajah Perang berusaha memperoleh jaringan penyamaan, tindakan kurang cermat oleh Jonathan Khemdee yang menghalang gerakan pemain Sang Garuda memakan diri apabila beliau turut dilayangkan kad kuning kedua.

Advertisements

Thailand memburu gol penyamaan pada babak kedua masa tambahan untuk memastikan mereka mampu melakukan kebangkitan dramatik sementara Indonesia sudah pasti mahu mengekalkan kedudukan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram