Philippe Troussier Anggap Vietnam Bernasib Baik
Asia Tenggara
Liên đoàn Bóng đá Việt Nam – VFF
Advertisements

Ramai penyokong Malaysia kecewa apabila skuad B-22 negara tumbang 2-1 kepada Vietnam dalam perlawanan ketiga Kumpulan B Sukan SEA 2023 hari ini. Dan jurulatih skuad Naga Emas, Philippe Troussier mengakui pasukannya bernasib baik meraih kemenangan hari ini.

Dua gol yang dijaringkan Nguyen Van Tung sudah cukup untuk menewaskan anak-anak buah E. Elavarasan. Bagaimanapun, beberapa keputusan pengadil yang tidak memuaskan termasuk layangan kad merah ke atas Safwan Mazlan dan Najmuddin Akmal bukan saja mencetuskan kemarahan kem Harimau Muda tetapi para penyokong di laman media sosial.

Justeru, tidak hairanlah bekas jurulatih Jepun itu enggan mengulas tentang prestasi pengadil perlawanan dari Jepun, Jumpei Iida. Sebaliknya, beliau melihat tuah menyebelahi skuad Naga Emas dalam perlawanan berkenaan dan menyifatkan pasukan negara ada kualiti tersendiri.

Advertisements

“Saya tak mahu mengulas pasal pengadil (Iida). Malaysia mempunyai cara tersendiri merebut bola dan menolak bola ke atas. Kita mendapat dua gol penting daripada (Nguyen Van) Tung bagi menentukan situasi kita.

“Ini bukan perlawanan mudah untuk pengadil, gol Van Tung diterima kerana ada kesalahan. Memang betul kita meraih manfaat daripada dua kad merah bila Malaysia banyak menyerang. Tetapi saya berterima kasih kepada takdir,” katanya kepada Zing News dalam sidang media pasca-perlawanan Vietnam-Malaysia.

Advertisements

Dengan Thailand dan Vietnam berkongsi sembilan mata dalam Kumpulan B, pertemuan pada 11 Mei ini bakal menentukan siapa juara kumpulan sekaligus mengelak berjumpa Indonesia di peringkat separuh akhir.

Sementara Malaysia yang sudah tersingkir bakal bertemu Singapura pada hari yang sama bagi melengkapkan jadual perlawanan Kumpulan B.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram