Piala AFC: Kedah Sasar Lepasi Peringkat Kumpulan
Dunia
kedah darul aman fc
Advertisements

Kedah Darul Aman FC menyasarkan untuk melepasi peringkat kumpulan dalam kempen Piala AFC musim ini di Bali, Indonesia.

Pasukan Kedah berada dalam kumpulan G bersama Bali United (Indonesia), Visakha FC (Kemboja) dan Kaya FC (Filipina).

Ketua Pegawai Operasi Teknikal dan Pertandingan KDA FC, Shahrul Samsudin berpendapat kekuatan mental dan fizikal setiap pemain kini berada dalam keadaan terbaik setelah persediaan rapi yang dilakukan sepanjang tempoh cuti sebulan sebelum ini.

Advertisements

“Kami sasarkan Kedah dapat melepasi peringkat kumpulan. Walaupun tidak mudah tetapi saya lihat pasukan cukup bersemangat untuk menghadapi saingan antarabangsa ini.

“Pemain melalui program yang diatur khas sepanjang cuti sebulan ini dengan susunan modul latihan pula merangkumi padang, gimnasium serta sesi pemulihan.

“Segala perancangan diatur rapi ini kita boleh lihat senarai pemain terbaik yang akan dipilih beraksi pada kejohanan di Bali nanti.

Advertisements

Shahrul Samsudin dalam pada itu tidak menolak kemungkinan tekanan yang tinggi akan dihadapi oleh barisan pemain kerana beraksi di tempat lawan.

Namun, beliau yakin dengan barisan pemain yang dipilih mampu pamer aksi terbaik mereka.

“Walaupun berhadapan tekanan lebih tinggi kerana beraksi di tempat lawan, saya yakin kita mampu beri aksi terbaik kerana adakalanya jika kita beraksi di tempat sendiri pun kita juga tetap menghadapi tekanan,” kata Shahrul dipetik daripada Harian Metro.

Advertisements

Kedah dijadualkan bertemu pasukan tuan rumah, Bali United FC yang merupakan juara Liga Indonesia dua tahun berturut-turut bagi aksi pembukan peringkat kumpulan G pada 24 Jun ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram