Piala AFC: Visakha Bantai Bali United
Dunia
Bali United
Advertisements

Perlawanan kumpulan G Piala AFC ini menemukan pasukan gergasi Indonesia, Bali United yang bertemu dengan kelab Kemboja, Visakha FC. Kemenangan berpihak kepada pasukan Visakha yang menumbangkan Bali United dengan keputusan 5-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Kapten I Wayan Dipta sebentar tadi.

Gol-gol Visakha dijaringkan oleh Paulo Victor (2 gol), Ouk Sovann (2 gol) dan Lee Jae-gun manakala gol-gol Bali United dijaringkan oleh Irfan Jaya dan Privat Mbarga.

Bali United terlebih dahulu di hadapan pada minit ke-9 melalui pemain kebangsaan Indonesia, Irfan Jaya untuk menjadikan kedudukan 1-0 memihak Bali United.

Advertisements

Kedudukan itu tidak kekal lama selepas pemain import Visakha, Paul Victor berjaya mencetak gol pada minit ke-17 hasil tandukan kemas selepas menerima hantaran daripada Lee Jae-gun.

Walaupun menguasai perlawanan, namun beberapa percubaan dari pemain Bali United tidak berjaya disudahkan dengan jaringan gol.

Ketika separuh masa pertama hampir ditamatkan, pasukan Visakaha menambah jaringan melalui Ouk Sovann yang merembat masuk untuk menamatkan separuh masa pertama dengan Visakha mendahului Bali United 2-1.

Advertisements

Bersambung babak kedua, Bali United terus ketinggalan apabila pada minit ke-55, Lee Jae-gun melepaskan rembatan dari sudut sempit untuk menjarakkan kedudukan menjadi 3-1 memihak Visakha.

Pesta gol Visakha berterusan apabila berselang lapan minit selepas itu, Paulo Victor sekali mempamerkan bisa dengan melepaskan rembatan jarak dekat untuk gol keempat Visakha.

Segalanya seperti tidak menjadi buat Bali United dalam perlawanan ini kerana penyudah yang tumpul membuatkan mereka semakin merana.

Advertisements

Hasil beberapa gerak serangan yang dilancarkan Bali United, mereka akhirnya berjaya merapatkan kedudukan selepas Privat Mbarga mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-85 hasil rembatan jarak dekat.

Visakha mengakhiri pesta gol dengan jaringan Ouk Sovann pada minit ke-88 untuk menjadikan kedudukan 5-2 memihak Visakaha. Gol tersebut pastinya mematikan peluang kebangkitan buat Bali United.

Selepas ini, Visakha akan menutup aksi kumpulan dengan menentang kelab Malaysia, Kedah Darul Aman FC pada 30 Jun manakala Bali United pula akan berdepan kelab Filipina, Kaya FC dalam aksi terakhir kumpulan pada tarikh yang sama.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram