Piala AFF: Malaysia Mudah Tibai Singapura
Dunia
FA MALAYSIA
Advertisements

Perlawanan terakhir Kumpulan B antara Malaysia dan Singapura berlangsung dengan cukup sengit sebelum kemenangan akhirnya berjaya dicapai oleh Harimau Malaya.

Kedua-dua pasukan turut dengan kesebelasan terbaik bagi mencari tiga mata daripada aksi ini.

Harimau Malaya dengan suntikan lebih 65 ribu ekor harimau sejati berjaya memperoleh peluang terbaik menerusi Faisal Halim namun ketangkasan Hassan Sunny menafikan dua peluang yang terhidang.

Advertisements

Anak didik Takayuki Nishigaya memperoleh peluang terbaik pada minit ke-27 menerusi percubaan Song Uiyoung namun rembatannya tidak tepat ke sasaran.

Gol yang ditunggu-tunggu oleh jutaan rakyat Malaysia akhirnya tiba apabila gerakan yang direncanakan oleh kapten pasukan, Safawi Rasid membuahkan hasil sebelum Darren Lok menanduk masuk dengan cukup cantik.

Bersambung babak kedua, anak buah Kim Pan-gon terus mengatur gerak untuk menambah jaringan.

Advertisements

Usaha yang tidak mengenal erti lelah ini akhirnya membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya menambah jaringan menerusi rembatan pemain tengah, Stuart Wilkin. 

Selang beberapa minit, Harimau Malaya terus melebarkan sayap apabila percubaan perancang tengah Sabah itu sekali lagi menerjah jaring pada minit ke-55.

Singapura memperoleh gol saguhati menerusi pemain gantian, Faris Ramli pada babak akhir permainan.

Advertisements

Malaysia menambah duka dan parut Singapura apabila penyerang naturalisasi negara, Sergio Aguero menjaringkan gol keempat pasukan pada minit ke-88.

Keputusan ini kekal sehingga wisel penamat sekaligus menyaksikan Malaysia mara ke separuh akhir Piala AFF 2022 selaku naib juara kumpulan B.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram