Piala AFF: Ulasan Malaysia Tewaskan Singapura Dalam Bahasa Korea Curi Perhatian
TV
FA Malaysia
Advertisements

Kemenangan bergaya Malaysia ke atas Singapura 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari turut diserikan dengan ulasan perlawanan dalam bahasa ibunda Kim Pan-gon, Bahasa Korea.

Perlawanan terakhir Piala AFF kumpulan B tersebut turut disiarkan oleh stesen TV Korea Selatan, SBS Sports Korea.

Dalam ulasan tersebut, netizen memuji semangat kedua-dua pengulas menjerit penuh semangat seolah-olah sedang mengulas perlawanan negara mereka sendiri.

Advertisements

“Seronok juga ya dengar mereka ulas” kata salah seorang penyokong bola sepak Malaysia di TikTok.

Dalam satu muat naik rakaman perlawanan tersebut di TikTok, video berkenaan telah ditonton lebih 450,000 kali sekaligus menerima maklum balas positif yang dari penyokong Malaysia yang nyata teruja.

Advertisements

Malaysia bakal bertemu Thailand dalam aksi perlawanan separuh akhir 1 pada 7 Januari 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram