Asia
Karim Sahib / AFP
Advertisements

24 pasukan telah mengesahkan tempat ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan akan berentap dalam 6 kumpulan yang ditentukan selepas majlis undian dilakukan oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) nanti.

Format pertandingan kejohanan edisi 2023 ini akan meletakkan 4 buah pasukan dalam 6 kumpulan, dan pasukan yang muncul juara serta naib juara kumpulan secara automatik akan layak ke peringkat kalah mati.

Namun, sehingga artikel ini ditulis, tidak ramai yang tahu bahawa 4 pasukan tempat ke-3 peringkat kumpulan juga akan layak ke pusingan kalah mati bagi mencukupkan jumlah 16 buah pasukan yang layak.

Advertisements
Piala Asia 2023 Piala Asia 2023: 4 Pasukan Tempat Ke-3 Peringkat Kumpulan Akan Layak Ke Pusingan Kalah Mati

Nota: Maklumat ini telah diambil dari buku peraturan pertandingan yang dikeluarkan secara rasmi oleh pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai rujukan.

Kedudukan Malaysia dijangka tidak berubah dan akan menghuni pot 4 undian Piala Asia 2023 nanti bersama 5 lagi pasukan lain.

Kita hampir membenam Bahrain dan UAE dalam tempoh 1-2 tahun ini dan persiapan rapi perlu diatur bagi membolehkan Malaysia sekurang-kurangnya mencatat kemenangan berdepan pasukan dalam pot 3 nanti.

Advertisements

Pasukan mana yang berada dalam pot 3 undian Piala Asia 2023 sebenarnya? Mari kita lihat.

Dari senarai diatas, kita dapat tahu bahawa Lebanon, Uzbekistan, Bahrain, Jordan, Kyrgyzstan dan Palestine adalah musuh yang perlu diatasi. Kita ada 1 tahun untuk buat persiapan.

Semoga Kim Pang-gon mampu memiliki skuad yang terbaik untuk dibawa ke Piala Asia 2023 nanti dan mempamerkan aksi terpuji berdepan pasukan yang dilihat lebih baik kualitinya.

Advertisements

Piala Asia 2023, kami datang!

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram