Harimau Malaya
AFC
Advertisements

Malaysia bakal memulakan perjalanan di Piala Asia 2023 dengan cukup mendebarkan apabila undian Piala Asia sudah pun mencapai keputusannya dalam undian yang penuh mendebarkan sebentar tadi.

Anak didik Kim Pan-gon kini dalam prestasi yang cukup memberangsangkan apabila mencatatkan kemenangan dalam dua aksi terakhir menentang Turkmenistan dan juga Hong Kong pada bulan Mac lalu.

Dua aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim itu menyaksikan Harimau Malaya menang ke atas Hong Kong dengan jaringan 2-0 sementara membenam Turkmenistan dengan keputusan 1-0.

Advertisements

24 pasukan telah pun dibahagikan kepada 4 pot berdasarkan kedudukan semasa Kelayakan Piala Asia tempoh hari.

Dalam undian yang dijalankan sebentar tadi, Malaysia berada dalam Kumpulan E pada kedudukan kedua (E2) hasil undian daripada pot 4.

Skuad Harimau Malaya akan berdepan jaguh rantau Asia, Korea Selatan yang berada pada kedudukan ke-27 dunia.

Advertisements

Bukan itu sahaja, pasukan dari Pot 2 yang berada bersama Malaysia ialah Jordan dengan negara yang berada pada kedudukan ke-84 dunia itu sah dalam kumpulan E bersama Harimau Malaya.

Pasukan gergasi Asia, Bahrain yang juga lawan sama tatkala Malaysia bertemu dalam aksi Kelayakan Piala Asia bakal menjadi lawan Malaysia sekali lagi apabila turut berada dalam kumpulan E.

Bahrain kini berada pada kedudukan ke-85 dunia sekaligus bakal memberi saingan sengit kepada skuad negara.

Advertisements
9121961C 3670 477C BFD1 1E26EEB20883 Piala Asia AFC 2023: Malaysia Diundi Bersama Korea Selatan, Jordan & Bahrain

Piala Asia akan berlangsung di Qatar bermula pada tanggal 12 Januari hingga 10 Februari 2024 dengan aksi Malaysia bakal menjadi tumpuan buat para penyokong setia negara untuk melihat aksi terbaik ditampilkan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram