4 negara terbaik Piala Dunia 2026 akhirnya terjawab dan ini jadual rasmi bagi pusingan separuh akhir nanti.
Kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 kini memasuki peringkat mendebarkan apabila hanya 4 negara yang berbaki dalam usaha perebutan takhta selaku juara bagi edisi ke-23 diketuai oleh Argentina yang membawa status juara bertahan.
Selain Argentina, 3 lagi pasukan iaitu Sepanyol, Perancis dan England turut menepati ramalan apabila berhasil mengatasi cabaran lawan masing-masing untuk menempah pertemuan sengit di peringkat separuh akhir pada minggu hadapan.
Tumpuan peminat pastinya tertumpu kepada pertemuan antara Perancis vs Sepanyol selepas kedua-dua pasukan ini tampil dengan momentum terbaik sehingga sampai ke separuh akhir apabila masing-masing mencatat rekod hebat.
Perancis menjadi pasukan dengan jaringan gol terbanyak sepanjang kempen Piala Dunia kali ini sementara Sepanyol pula memegang rekod bolos paling sedikit apabila hanya dibolosi sekali ketika menewaskan Belgium 3-1 dalam aksi suku akhir.
Manakala sang juara bertahan, Argentina yang diperkuat dengan kehadiran Lionel Messi pula bakal turun merebut tempat final Piala Dunia menentang England selepas dipaksa bekerja keras selama 120 minit sebelum mengatasi Switzerland.
Senarai Negara Ke Pusingan Separuh Akhir Piala Dunia 2026.
1- Perancis.
2- Sepanyol.
3- England.
4- Argentina.
Jadual Aksi Separuh Akhir Piala Dunia 2026
Perancis vs Sepanyol.
Tarikh: 15 Julai 2026.
Waktu: 3 Pagi Waktu Malaysia.
England vs Argentina.
Tarikh: 16 Julai 2026.
Waktu: 3 Pagi Waktu Malaysia.