Piala Dunia 2026: England Raih Tempat Ke-3, Benam Perancis
MakanBola
England FT

England menyambar tempat ke-3 Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Perancis dalam aksj penentuan pada awal pagi Ahad.

Hatrik dari pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka memberikan penutup yang manis buat England apabila muncul pasukan ke-3 terbaik Piala Dunia 2026 selepas membenam cabaran Perancis 6-4 dalam perlawanan yang diadakan pada awal pagi Ahad.

Selain Bukayo Saka, 3 lagi gol pasukan England disumbangkan oleh Declan Rice, Jude Bellingham dan Ezri Konsa di setiap babak untuk membantu The Three Lions meleburkan tentangan hebat yang diberikan juara Piala Dunia 2 kali tersebut.

Walaupun ketinggalan 0-4 di babak yang pertama, Perancis tidak berpatah semangat dan sempat merapatkan kedudukan seketika hasil tiga jaringan di pertengahan permainan sebelum England menutup aksi dengan lebih kemas di penghujungnya.

Gol pasukan Perancis dijaringkan oleh Kylian Mbappe di minit ke-48 dan 66 selain dua bintang PSG iaitu Bradley Barcola serta Ousmane Dembele masing-masing pada minit ke-55 dan 96, namun itu tidak mencukupi bagi menghalang kemenangan England.

England meraih tempat ke-3 di Piala Dunia 2026, satu pencapaian terbaik yang dicatat The Three Lions di luar tanah air sendiri sementara Perancis pula terpaksa akur mengakhiri perjalanan cemerlang mereka sekadar di tempat ke-4.