Ini keputusan undian pusingan 16 terbaik Piala FA 2026-2027.
Sesi undian saingan Piala FA 2026-2027 berlangsung pada Isnin dengan 16 pasukan akan turut serta, terdiri daripada kesemua 12 kelab Liga Super dan 4 wakil Liga A1 Semi Pro iaitu Kedah FA, Perak FA, UM Damansara selain Kelantan City.
Kesemua lapan pasukan yang menamatkan saingan Liga Super 2025-2026 di kedudukan pertama hingga kelapan diberikan status ‘seeded’ sementara nasib baki kelab akan ditentukan melalui undian terbuka bagi menentukan lawan masing-masing.
Format pertandingan Piala FA menyaksikan aksi pusingan 16 terbaik, suku akhir dan separuh akhir akan berlangsung secara timbal balik sebelum dua pasukan terbaik bertemu pada perlawanan final sekitar bulan Januari tahun hadapan.
Tumpuan terarah kepada juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang akan memulakan aksi menentang UM Damansara United manakala naib juara musim lalu, Sabah bakal bertemu Selangor bagi merebut slot tiket akhir.
Pusingan 16 Terbaik Piala FA 2026-2027
UM Damansara United vs JDT.
Kelantan Red Warrior FC vs Kuching City FC.
Sabah FC vs Selangor FC.
Perak FA vs KL City FC.
DPMM FC vs Terengganu FC.
Kedah FA vs Star City FC.
Kelantan City FC vs Negeri Sembilan FC.
Melaka FC vs Penang FC.
Sepak mula saingan Piala FA musim ini dijadualkan pada bulan September ini.