Aksi Pusingan 16 Piala FA 2026-2027 antara DPMM FC dan Terengganu FC yang dijadualkan berlangsung malam ini terpaksa ditunda susulan keadaan jerebu yang semakin serius di Brunei Darussalam.
Perlawanan tersebut sepatutnya berlangsung pada jam 8.15 malam di Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Malaysian Football League (MFL) memaklumkan keputusan penundaan dibuat susulan arahan daripada Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam selepas mengambil kira keadaan semasa kualiti udara.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Brunei Darussalam dilaporkan mencecah 215 setakat jam 4 petang hari ini.
Bacaan tersebut sekali gus melepasi tahap sangat tidak sihat dan berpotensi menjejaskan kesihatan orang awam.
MFL menjelaskan aspek keselamatan dan kesihatan semua pihak yang terlibat dalam perlawanan menjadi keutamaan susulan keadaan jerebu berkenaan.
Ia termasuk pemain, pegawai pasukan, pengadil, petugas perlawanan serta penyokong yang sepatutnya hadir ke Stadium Negara Hassanal Bolkiah.
Keputusan penundaan itu dibuat selaras dengan arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam berikutan keadaan jerebu yang berpotensi menjejaskan tahap kesihatan orang awam.
Tarikh baharu bagi aksi Pusingan 16 Piala FA antara DPMM FC vs Terengganu FC akan diumumkan oleh MFL dalam masa terdekat.