Terengganu tersingkir dari kempen Piala FA apabila tewas kepada DPMM dalam aksi timbal balik kedua Piala FA 2026-2027 pada Rabu.
Pertemuan DPMM vs Terengganu menjadi satu-satunya aksi timbal balik kedua pusingan 16 Piala FA yang berlangsung pada minggu ini selepas perlawanan ditunda gara-gara situasi jerebu yang melanda Brunei beberapa minggu lalu.
Perlawanan yang dijadualkan semula ini bagaimanapun berakhir dengan kemenangan secara agregat 5-4 memihak pelawat, Brunei DPMM dengan skuad tersebut tampil menarik apabila bangkit menumbangkan kelab Terengganu di halaman lawan.
DPMM terlebih dahulu membuka tirai jaringan seawal minit ke-8 hasil penyudah cantik penyerang Malaysia, Danial Asri sebelum import sensasi Terengganu, Manuel Ott kembali menyamakan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama.
Bersambung babak kedua, Brunei DPMM hanya memerlukan 20 minit untuk menjaringkan 2 gol tambahan menerusi import-import kelab tersebut.
Dua jaringan daripada Jordan Murray dan Miguel Oliveira memastikan pasukan dari Brunei tersebut mara ke suku akhir Piala FA musim ini.
Aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tamat dengan keputusan 5-4 secara agregat memihak pasukan pelawat, Brunei DPMM dan dijadualkan bertemu KL City di pusingan suku akhir Piala FA 2026-2027 nanti.